Renungkanlah....

 
       Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
       Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
       Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang. Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
       Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
      Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
       Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .
       Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
       Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
      Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
      Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wassalam

Happy Mother's Day

I do swear that I'll always be there.
I'd give anything and everything and I will always care.
Through weakness and strength, happiness and sorrow,
for better for worse, I will love you with
every beat of my heart.)
From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

Balik Kampung

Huh, lama betul rasanya x meng'update' my entry blog ni..sejak x-cident di pghujung April hari tu, rasa malas tu semakin menjadi2..Tapi aku nak cerita gak pasal aku x-cident hr tu...Ceritanya bermula begini, aku dengan family dan abang ipar aku baru balik dari kampung. Maklumlah cuti hari Isnin bersempena dengan Labour Day hr Ahad tu. Then, kami pun berkonvoilah dari Melaka menuju ke destinasi kami, Nilai melalui jalan ke Alor Gajah terus ke Seremban, masa tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Jalan highway Seremban ke Nilai jem teruk disebabkan ramai yang pulang bercuti ke kampung. Hampir 1 jam juga kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas tu, tapi kami pujuk kan hati supaya banyakkan bersabar. Anak2 kami semua dah tertidur keletihan disebabkan perjalanan kami yang menjadi bertambah panjang. Kami tidak sempat singgah ke rumah abang ipar yang terletak di Sepang disebabkan jam sudah terlalu lewat pukul 12.15 malam. Aku pulak sudah tidak mampu menahan mata yang kadangkala terpejam menahan ngantuk. Risau juga mengenangkan suami yang memandu seorang. Tiba2 aku seperti tersedar dari mimpi yang mana aku lihat kereta yang kami naiki sudah ke tengah jalan. Anak kami yang sulung, sedang menangis kerana terjatuh dari sofa tempat duduk belakang. Yang baby ni pun, menangis juga kerana terperanjat. Aku lihat, cermin kereta di depan suami aku  pecah teruk. Berkali2 aku beristghfar dan mengucapkan syukur kerana kami semua selamat. Cuma, kereta je, kemik sedikit di sebelah kanan. Kata suamiku, jalan gelap sangat dan dia terlanggar lembu@kerbau, dia pun x perasan sangat. Malam itu, kami terpaksa bermalam di rumah abang ipar kami jugak disebabkan peristiwa itu

20 Perkara Papa Perlu Tahu Tentang Penyusuan

  • Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan untuk meransang pengaliran dan penghasilan susu yang baik
  • Sebelum menyusukan bayi, ibu perlulah melembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara selama bebrapa minit.
  • Susu badan mengandungi 87.5% air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang2nya 8 gelas sehari.
  • Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu yang dapat dihasilkan.
  • Ibu yang menyusukan bayinya secara ekslusif, akan kerap lapar dan dahaga.
  • Sepanjang tempoh penyusuan, bayi akan makan apa sahaja yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, ibu hendaklah mengawasi pemakanannya sehari2 terutamanya pengambilan kafein, nikotin, MSG, alkohol dan gula kerana bahan2 tersebut mudah meresap ke dalam susu ibu dan akan memberi kesan buruk terhadap bayi.
  • Ibu2 digalakkan menyusukan bayi pada waktu malam kerana pada waktu tersebut hormon prolaktin akan dihasilkan pada tahap yang paling tinggi.
  • Ibu yang menyusukan bayi hendaklah berhati2 ketika mencuci payu dara. Elakkan menyapu sabun terutamanya pada bahagian aerola dan puting bagi mengelakkan kekeringan pada bahagian tersebut.
  • Mencuci payu dara dengan air suam adalah yang terbaik.
  • Payu dara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan tidak selesa.
  • Ibu yang menyusukan bayi tidak boleh mengambil ubat2 tanpa nasihat doktor terlebih dahulu. Ini termasuklah pengambilan pil perancang.
  • Bayi yang minum susu ibu secara ekslusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi uang berupaya melawan pelbagai jenis penyakit.
  • Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik adalah vitamin yang penting dan perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi.
  • Susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ini bermakna khasiat dalam susu ibu lebih cepat diserap.
  • Menyusukan bayi dengan susu ibu akan membantu tubuh ibu kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat.
  • Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan kognitif dan otak bayi.
  • Hormon Oxytacin yang terkandung dalam susu ibu berupaya mengecutkan rahim ibu.
  • 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'Makrofaj'. Sel tersebut berfungsi membunuh 'fungus', 'bakteria' dan 'virus'.
  • Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak2.
  • Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka.

Persediaan Di Tempat Kerja

Bergantung kepada situasi tempat pekerjaan, ibu boleh cuba mengatur perancangan bagaimana untuk meneruskan penyusuan semasa sedang bekerja. Berikut adalah contoh perancangan yang boleh dibuat:

1. Sekiranya pejabat tersebut mempunyai pusat penjagaan bayi, ibu bolehlah pergi kepada bayi semasa waktu rehat untuk menyusukan sendiri bayinya. Dengan cara ini, ibu tidak perlu memerah susu semasa waktu bekerja. Walau bagaimanapun, ibu masih perlu meninggalkan sedikit bekalan susu perahan kepada penjaga bayi, sekiranya ibu mempunyai kecemasan seperti mesyuarat gempar dan tidak dapat memberikan susu tepat pada waktunya.

2. Sekiranya tempat bekerja tersebut mempunyai jadual waktu bekerja yang tetap dan mempunyai waktu rehat yang tertentu, ibu bolehlah menggunakan peluang ini untuk memerah susu. Fikirkan juga tempat yang sesuai untuk memerah susu – carilah bilik yang bersih seperti surau, bilik stor atau tandas yag bersih untuk memerah susu sekiranya ibu tidak mempunyai bilik perseorangan di pejabat.

3. Sekiranya ibu bekerja sendiri dan boleh membawa bayi bersama penjaga bayi ke tempat bekerja, ibu bolehlah membuat kerja sambil bayi dijaga oleh penjaganya. Apabila sampai waktu menyusu, ibu boleh berhenti sekejap dan menyusukan bayinya.

4. Bagi sesetengah tempat bekerja yang amat ketat waktu bekerjanya, cuba cadangkan tentang pengubahsuaian waktu bekerja. Contohnya, ibu boleh datang setengah jam awal dari waktu bekerja biasa dan pulang lewat setengah jam dari waktu biasa. Sebagai pulangan ibu boleh mendapat dua pelepasan setengah jam waktu bekerja: sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ini membolehkan ibu mendapat 3 kali waktu pelepasan termasuk waktu tengahari. Waktu pelepasan ini, boleh digunakan untuk memerah susu atau pergi ke tempat penjagaan bayi (jika berdekatan).

5. Bagi sesetengah ibu mereka terpaksa bekerja untuk tempoh waktu yang amat panjang. Jururawat sering menghabiskan masa antara 10 ke 12 jam di dalam wad yang amat sibuk. Pramugari yang sering terbang selama beberapa hari dan tidak berkesempatan memerah susu. Untuk ibu-ibu sebegini, perancangan awal perlu dibuat terutama semasa di dalam cuti pantang lagi. Ibu boleh mula menyimpan bekalan susu secukupnya untuk tempoh waktu bekerja yang panjang. Selalunya, mereka ini, diberikan waktu rehat yang panjang setelah selesai setiap rutin kerja. Gunakan waktu rehat ini, untuk menambah bekalan susu di dalam simpanan. Sepanjang waktu bekerja, jika tidak berkesempatan memerah susu, gunakan waktu pergi ke tandas untuk memerah sedikit
susu untuk meredakan bengkak payudara.

*Payudara ibu mudah untuk mengadaptasi. Walaupun waktu bekerja ibu tidak menentu, bekalan susu tetap dapat dihasilkan apabila penyusuan diteruskan pada hari-hari yang kurang sibuk.

Persediaan Untuk Kembali Berkerja


1. Bagi ibu yang akan keluar bekerja pada umur bayi di bawah 4 bulan, adalah penting bagi ibu tersebut memastikan badannya dapat menghasilkan susu yang cukup untuk keperluan bayi semasa ibu sedang bekerja. Persediaan pemerahan susu harus dilakukan awal sebelum mula keluar bekerja. Ibu juga perlu melatih penjaga bayi untuk memberikan susu perahan mengikut kaedah yang digemari bayi.
2. Jika ibu berpeluang bercuti sehingga bayi mencapai umur 4 atau 6 bulan, bayi tersebut mungkin tidak perlu berlatih mengambil susu perahan (jika waktu bekerja ibu singkat dan bayi sudah mula mengambil makanan tambahan lain seperti bubur nasi semasa ketiadaan ibu)
3. Mencari tempat penjagaan yang sesuai untuk bayi yang menyusu merupakan persediaan penting sebelum ibu keluar bekerja. Jika tempat penjagaan anak itu terletak dekat dengan tempat ibu bekerja, ibu mungkin berpeluang untuk pergi sendiri ke tempat tersebut semasa waktu rehat untuk menyusukan bayinya. Tempat penjagaan bayi tersebut perlulah mempunyai kakitangan yang tahu mengendalikan pelbagai aspek penting yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibunya. Berikut adalah antara persoalan yang perlu diambil kira:
- Tanyakan kepada pusat tersebut jika terdapat sebarang polisi yang bercanggah dengan niat anda untuk memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi.
- Berbincanglah dengan kakitangannya samada mereka boleh mengendalikan pemberian susu tanpa botol (jika anda mahukan kaedah sedemikian untuk mengelakkan keadaan keliru puting)
- Pastikan kakitangan tempat itu tahu bagaimana rupa susu ibu seharusnya kelihatan. Ianya pasti amat berbeza dengan susu formula terutama apabila susu tersebut telah dibekukan. Biasanya terdapat lapisan lemak susu terapung dibahagian atas. Kadangkala ada orang menyangka susu tersebut telah rosak, padahal tidak sama sekali.
- Berbincanglah dengan penjaga bagaimana anda mahu bayi anda dikendalikan terutama semasa waktu anda pulang dari kerja telah hampir. Anda mungkin tidak mahu anak anda diberikan susu apabila anda telah hamper pulang bekerja kerana anda biasanya pulang dengan payudara yang bengkak dengan susu dan bersedia untuk memberikannya kepada bayi anda.
- Bincang juga bagaimana anda mahu pengendalian susu sekiranya susu perahan anda tidak mencukupi sedangkan anda masih di tempat kerja. Anda mungkin mahu meninggalkan sedikit susu formula sebagai gantian atauanda mungkin hanya mahu bayi anda diberikan air kosong sebagai gantian. Anda mungkin mahu bayi anda diberikan jus buahan yang telah disediakan atau makanan bijirin yang sesuai dengan umur bayi anda. Pemberian keju atau biskut bayi juga boleh dijadikan alas perut kepada bayi mengikut kesesuaian umur.

*Sekiranya anda berpuas hati dengan perbincangan yang telah dilakukan, barulah pilih pusat penjagaan tersebut. Jika anda tidak boleh bertoleransi dengan kekurangan yang terdapat di pusat penjagaan tersebut, ada baiknya anda cuba mencari pusat penjagaan lain yang dapat memberikan kepuasan kepada bayi dan diri anda sendiri.

Penyimpanan EBM

Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Pastikan setiap bekas penyimpan susu telah dibersihkan dengan sempurna. Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan. Pada suhu bilik 18-22C (pejabat yang berhawa dingin), susu boleh kekal segar sehingga 8 jam. Di dalam peti sejuk, bahagian bawah, susu ibu boleh bertahan lebih kurang 3 hari. Di dalam peti sejuk satu pintu, di bahagian beku, susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu. Jika bahagian dingin bekunya berasingan(2@3 pintu), susu beku boleh tahan selama 3 bulan. Jika ibu berhasrat untuk menyimpan susu pada kadar yang lebih lama, lebih kurang 6 bulan, susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap di bawah -19C. Susu beku yang akan digunakan perlu dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian bawah peti ais semalaman. Keluarkan dari peti sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja dan rendam bekas susu itu di dalam air panas untuk menghangatkan susu sebelum diberikan kepada bayi.

Memerah Susu

Pemerahan susu untuk simpanan waktu bekerja boleh dimulakan sejak dari dalam pantang. Mulakannya sebaik sahaja penghasilan susu ibu telah matang, iaitu bekalan susu telah banyak terhasil. Apabila pemerahan susu dilakukan di rumah, kebanyakan ibu mendapati lebih mudah untuk mendapatkan aliran susu yang laju apabila sebelah payudara dihisap oleh bayi manakala sebelah lagi untuk diperah. Dengan cara ini, susu dapat dikumpulkan dengan lebih cepat.
Apabila di tempat kerja, dan bayi tidak bersama ibu, proses stimulasi atau rangsangan perlu dilakukan untuk memudahkan pengaliran susu. Cuba setiap satu dan pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan.
- Ibu boleh meletakkan penuam panas di payudara untuk merangsang pengaliran susu.
- Kaedah urutan secara pusaran kecil di sekeliling payudara, diikuti usapan lurus dari bahagian atas dada ke arah putting dan kemudian menunduk ke bawah agar payudara mendapat tarikan graviti boleh membantu mempercepatkan aliran susu.
- Membawa gambar bayi atau baju yang pernah dipakai oleh bayi dapat memberi kesan psikologi kepada ibu dan merangsang aliran susu bagi sesetengah ibu.

Menyusu Tanpa Botol Tidak Praktikal?

“Teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan. Namun, dalam zaman serba moden, teori ini tidak lagi praktikal untuk diaplikasikan oleh kebanyakkan ibu yang rata-ratanya berkerjaya..”

Terharu tgk Amani minum masa ni, rasa nak menitis air mata pun ada..This is her 1st time
Penyusuan susu ibu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (pihak ketiga selain ibu iaitu suami, ahli keluarga, pembantu rumah mahu pun pengasuh bayi). Ianya boleh dilakukan dengan mggunakan cawan, picagari, sudu mahupun jari. Namun, pada zaman serba moden ini, penggunaan alat-alat tersebut tidak lagi praktikal dan amat menyusahkan bagi mereka yang kurang ilmu dan kesabaran.
            Hakikatnya, ramai ibu pada zaman ini yang berkerjaya dan perlu meninggalkan bayi mereka untuk dijaga oleh orang lain. Tetapi, mampukah mereka menyusukan bayi kita dengan kaedah alternative yang telah disebutkan?Rata2 jawapannya ‘TIDAK’.Kerana ini akan menjadi 1 cabaran besar bagi mereka. Oleh itu, penggunaan botol adalah satu kaedah baru dan tanpa sedar menyokong penyusuan susu ibu kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa dan paling penting sangat praktikal.
            Terdapat 2 perkara penting yang perlu ibu2 tahu bagi menjayakan penyusuan menggunakan botol. Pertama, elakkan memperkenalkan penggunaan botol terlalu awal kerana ditakuti bayi akan keliru puting dan akhirnya akan memilih botol kerana ianya lebih senang. Kedua, jangan pula terlalu lewat memperkenalkan penggunaan botol kepada bayi kerana ia akan menyebabkan bayi akan berasa lebih selesa menyusu terus dari payu dara ibunya.
Puting botol susu yang amat popular dikalangan ibu yang menyusukan bayi
            Walaubagaimanapun, penyusuan secara terus melalui payu dara ibu hendaklah diutamakan dan haruslah lebih kerap dilakukan bagi memastikan penghasilan susu ibu tidak terjejas.
Tahukah Anda?
Masa yang sesuai memperkenalkan bayi dengan penggunaan botol ialah selepas usianya melepasi empat minggu..

Menangkis Perasaan Malu

My Precious Moment BF in Public

Tidak ramai ibu muda yang berani untuk menyusukan anak mereka di khalayak ramai terutamanya di tempat awam. Lazimnya, ibu akan berasa tertekan kerana kurang bersedia dan kurang yakin untuk menyusukan bayi mereka di tempat2 awam. Malahan, ada yang lebih rela bayi mereka menangis kerana tidak berjumpa dengan ruang khas untuk menyusukan bayi mereka.
Saya pernah mengalami situasi seperti ini, malahan kadangkala saya terpaksa pulang awal ke rumah kerana tidak berjumpa tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi saya. Jadi, agenda pada hari itu, terpaksa dipendekkan. Kadangkala, saya berasa amat tertekan dan bimbang jika tiba2 anak saya akan menangis dan meraung meminta susu. Oleh itu, saya akan pastikan dia betul2 kenyang dan tertidur ketika saya membawa dia keluar ber’shopping’ atau ke majlis2 keramaian. Mungkin pada masa itu, saya tidak mempunyai banyak pengalaman dan tidak cukup informasi dalam menyusukan bayi saya di luar rumah.
Sekarang, saya berasa lebih yakin untuk menyusukan bayi saya di luar, pada bila2 masa dan di mana jua. Malahan, saya akan memakai baju yang berbutang di hadapan dan memakai ‘inner’ di dalam sebagai persediaan menyusukan bayi saya dalam bagaimana keadaan pun. Kadangkala, saya memakai cardigan atau selendang sebagai penutup apabila saya menyusukan bayi di luar rumah.Selain itu, coli penyusuan juga amat penting dalam menjayakan misi penyusuan di khalayak ramai ini. Saya lebih suka bra yang mempunyai butang di hadapan daripada bra yang bercangkuk di atas. Kerana, bra yang bercangkuk akan susah dibuka dan ditutup semula manakala bra yang berbutang tidak perlu dibuka hanya disingkap sahaja dan cara menutupnya pula lebih mudah.
Sokongan dari suami juga amat penting dalam menjayakan misi ini kerana suami adalah orang yang paling penting untuk menambahkan keyakinan kita untuk berbuat demikian.
Di sini saya senarikan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu malu untuk menyusukan bayi mereka di hadapan khalayak ramai. Antaranya ialah:-

1) Perasaan Kurang Yakin
-Biasanya dirasai oleh ibu baru yang ingin menyesuaikan keadaan sekeliling dengan peranannya sebagai seorang ibu, termasuklah aspek penyusuan bayi. Kadangkala, ibu ini tidak berasa yakin dan ragu2 untuk melakukannya di khalayak ramai kerana ditakuti penerimaan masyarakat sekeliling dan pandangan negatif dari mereka.

2) Malu Mendedahkan Payu Dara
-Malu kerana memikirkan bahawa mereka akan mendedahkan payu dara di khalayak ramai dan orang ramai akan memandang mereka dengan perasaan kurang senang atau tidak selesa justeru pemberian susu formula adalah alternative terbaik yang boleh mereka fikirkan.

3) Dilabel Tidak Moden
-Menyusukan bayi adalah ‘amalan tradisional’ dan ‘tidak moden’ bagi sesetengah orang kerana ianya dianggap amalan yang ketinggalan zaman. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, penggunaan susu formula adalah sangat kurang dan ada juga mengaitkan penyusuan bayi dengan status ekonomi yang rendah atau tidak mampu membeli susu formula.
4) Tiada Sokongan dan Galakan
-Suami menganggap yang isteri mereka ‘old fashioned’ dan akan mencuri perhatian orang ramai kerana mendedahkan payu dara mereka nanti. Dan ini akan membuatkan para suami berasa malu berhadapan dengan orang lain.

5) Pakaian Khas Menyusu
- Tidak memakai pakaian yang sesuai juga menyebabkan seseorang ibu itu berasa kurang selesa untuk menyusukan bayi mereka di tempat awam. Ini disebabkan mereka beranggapan akan mendedahkan sebahagian aurat mereka di hadapan khalayak dan kadangkala masyarakat memandang serong terhadap mereka. Oleh itu, ini akan dianggap remeh dan menggangu jadual ibu itu tadi yang sedang ‘outing’ dan orang lain pula memulakan perbualan ‘kenapa tidak ajar susu formula sahaja? Kan lebih memudahkan…”dan sebagainya. Dan mengikut pengalaman terdahulu yang tidak mahu menyusukan anak mereka apabila keluar dari rumah kerana ianya dianggap ‘menyusahkan’,’susah nak berjalan’, bergerak ke sana ke mari..kerana perlu mebawa anak ke mana sahaja.

*Apapun alasan di atas, kita ingin memastikan anak kita mendapat hanya yang terbaik. Dan, susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia kerana ianya adalah kurniaan Tuhan buat kita yang bergelar ibu. Oleh itu, jadikan faktor-faktor di atas sebagai persediaan buat kita apabila kita hendak menyusukan bayi kita di tempat awam.

Pagi yang Indah

Total 16 oz at 8.30am in 20 minutes
Inilah 'My Milk Storages Station'..Yang belum diisi lagi..
Hari ini aku rasa seronok bukan main, senyum lebar dibuatnya..yelah, hr ni dan pagi ni sekali pam je aku boleh dpt +- 16oz..biasanya, kalau pagi2 camni, paling kurang pun aku dapat tak kurang dari 10oz..tp pg ni, aku pun teruja..tu pun ade yang tertumpah2 kat atas kain...sebab x perasan punye pasal...cpt2 aku mntk tolong Amsyar ambikkan UMMI dia lg 2 botol kosong...berlari terkedek2 dia tolong ambikkan..Nasib baik aku dh letakkan satu tempat khas untuk storage bottles dan storage bags yg belum diisi dan aku telah terangkan pada Amsyar berkali2 supaya dia ble jd Assistant aku bila aku perlukan bantuan...2 botol yang pertama aku dpt dlm masa 9 minit dan 2 botol yg kedua, aku genapkan 20 minit...Ramai yang bertanya rahsianya...Alhamdulillah, rezeki anak2 di samping mengamalkan minum air masak byk2, Royalmix, red dates n dried longan....yg plg penting, selalu kosongkan B ye...ini aku punya jadual setiap hari yg boleh diikuti...


SARAPAN PAGI:
-pil Obimin
-Kismis@kurma

-longan kering d kurma merah diminum suam2
-minum horlick cmpur oats.
-mkn roti sapu peanut with bluberries

MINUM PAGI:
-fenugreek Mix Chocolate
-mkn kudap2an biskut Mazola@peanut biscuit jenama Julie's

MAKAN TENGAHARI:
-makan nasi mesti lgkap hidangan ade sayur2an hijau, daging@ayam@ikan.
-buah2 an sebiji(epal,oren,etc)
-Air Ribena

MINUM PETANG:
-tea longan n red dates
-Biskut Peanut jenama JULIE's

MAKAN MALAM:
-nasi@roti@oat
-minum susu+kurma

SEBELUM TIDUR:
-minum segelas ROYALMIX(sejenis minuman soya yg dicampur madu)

*kerap pump d bg bby minum...selalu kosongkan B

Milk Booster

Makanan dan minuman yang sering diamalkan sejak dari dalam pantang
Makanan:-
  • Coklat Cadbury ((cth: Zip)
  • Cheese cake
  • Cheese tart
  • Cheese biscuits
  • Madu
  • Bee poland
  • Kismis
  • Biskut Mazola
  • Peanut Butter with Blueberry (makan dgn roti)
  • Confinement Set Shaklee adds on Alfafa
Minuman :-
  • F&N Longan & Red Dates
  • Dried Longan & Red Dates
  • Fenugreek Mix Chocolate
  • Horlick
  • Oat
  • Royalmix
  • Ribena
* Ada di antara makanan@minuman tidak dijadikan rutin harian, seperti coklat, cheese based dan F&N longan & red dates. Bukan ape, takut memudaratkan kesihatan kita pulak kan...

    Makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu:-
    • Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
    • Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
    • Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
    • Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
    • Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
    • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
    • Klorofil
    • Chlorella
    • Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
    • Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
    • Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
    • Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
    • Habbatus sauda atau jintan hitam.
    • Barli – air atau bubur barli.
    • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
    • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
    • Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
    • Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
    • Pucuk betik atau bunga betik jantan.
    • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
    • Air horlicks
    • Susu dan produk tenusu
    • Teh hijau jepun
    • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
    • Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
    • Ubat homeopati.
    Makanan yang perlu dielakkan:-
    • Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano.
    * Keberkesanan sesuatu makanan@minuman bergantung kepada individu itu sendiri. Yang penting, ibu yang menyusukan bayinya perlu makan dan minum makanan yang berkhasiat setiap hari. Agar nutrien yang diperoleh oleh baby kita menjadi 'vaksin' untuk mereka.

    Smoothies My Milk Booster


     Bahan-bahannya ialah :
    1) Susu segar 1 gelas@mug besar
    2) Semangkuk ais
    3) 5 biji kacang badam (sebaiknya dibakar dahulu)
    4) 2 biji buah kurma (buang bijinya)
    5) 2@3 biji pisang masak





    Masukkan ais, kurma dan badam di dalam pengisar. Kemudian, kisar sebentar. Selepas itu, terus masukkan susu tadi, kisar hingga sebati.



    Selepas itu, masukkan pisang satu persatu. Kemudian, kisar sehingga hancur dan pekat.



    Tara...dah siap pun...tgklah sape yg dah tunggu kat meja ni, our 1st baby 'Amsyar'..x sabar2 dia nk merasa smoothie buatan Ummi ni...sedap ke?



    Untuk Amsyar, Ummi taburkan sikit coklat rice supaya nampak lebih attractive..



    Opps Amsyar, jgn minum dulu, baca doa dulu ye..."Allahumma Bariklana Fi ma Razaktana Wa qina Azabannar'...ok, dh boleh minum...ummm yummy...'Ummi, sedapnyer aisklim ni',kata Amsyar.

    Tips buat smoothie untuk anak anda ;
    -gunakan EBM yg paling awal disimpan sbg pengganti susu td..
    -boleh tmbhkn perisa spt ribena@vanilla.

    * smoothie adalah salah satu my 'milk booster' Selamat mencuba...

    Deep Freezer

    Excited sgguh bile my frenz from KIM told me that my DF will be sent on this Friday...X sabarnyer...bukan ape, dulu mase yg 1st x delah smgt camni..tp, yg 2nd ni smgt lain macam2..sggp berhabis2 an utk ank tersayang...itulah pengorbanan seorang ibu kan? Segalanya Untukmu...Bukan itu sahaja, selain Amani dapat EBF, Amsyar pun dapat merasakan kelazatan dan kebaikan SI melalui pelbagai resepi yang ummi dia akan buat setiap hari...Di samping, minum secawan fresh milk sehari from Ummi..Moga2 Ummi punya misi kali ini berjaya...






    Ni stok hr pertama DF sampai sehinggalah keesokkan harinya..means, ni stok 2 hari masa dok kat Banting ni..Stok2 EBM yang lain, semua tinggal kat kampung lagi, x sempat nk bawak balik...maybe next week balik kena ambik...huhu...

    Kumpulan Sokongan

    Member Since December 2010

    Ini adalah satu group yang paling aku gemari dalam ruangan MUKA BUKU ku. Bukan ape, ahli2 group ini telah banyak membantu aku dalam menjayakan misi penyusuanku kali ini. Aku cukup berterima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku Nazihah Fardzley kerana telah meng’add’ aku dlm group ini. Segala info, panduan dan nasihat amat berguna pada diri aku sejak aku pregnant lagi. So, dapatlah aku membuat persediaan lebih awal dalam memulakan serta menjayakan MY BREASTFEEDING MISSION kali ini. Walaupun sebelum ini aku pernah juga mencuba untuk BF my 1st baby, tapi tiada sokongan dari ahli keluarga pada ketika itu. Tambahan pula, lebih mudah terpengaruh cakap2 orang sekeliling. Malahan, Kumpulan Sokongan seperti belum wujud pada ketika itu. Lagipun, info yang ada padaku masa tu belum cukup untuk menepis segala tohmahan dan kata2 negative dari orang lain. Aku begitu bersyukur kerana group ini banyak membantu aku dari saat belum melahirkan sehinggalah aku selamat melahirkan puteriku pada 25 November yang lalu. Nama2 seperti Intan Azmira Azman, Aqilah Idris, Mummycare Liza, Tini Nisha Wirdas,Raziyah Abdul Razak, Iffa Anuar, Lyana Yann, Ruziah Amin, Nor Aznita Erpan,  Nor Hasyimah Idris dll (mohon maaf jika ada nama yang tidak disebutkan di sini) seperti tidak asing lagi bagiku. Mereka seolah2 menjadi sumber inspirasi bagiku kerana sering meniupkan kata2 semangat dan member nasihat. Yelah, walaupun ada dia antara mereka yang aku belum pernah bersua muka. Namun, rasanya aku seperti dekat dan telah lama mengenali mereka yang berada dalam group ini.

    Gadget BF

    Inilah antara gadget2 BF yang aku prepare since aku pregnant 7 bulan lagi. Kebanyakkannya, aku beli dari member2 KIM jgk..Aku rasa lebih percayakan mereka dari orang lain..Barang 1st sekali yang aku beli ialah ;-
    1. BP Avent Isis iq Uno full set – Kids n Avent
    2. Full package (keychain, button, sticker, fridge magnets & Buku ‘Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu yang Bekerjaya’) – Dunia Susu Ibu
    3. Nursing Pillow & Milk Storage Bag (Jingle Jungle) – Fabulous Mom
    4. Milk Storage Bottle (Bumble Bee) – e-Mum Shop
    5. Pro Mom Bag with cooler (MLO) – Dunia Susu Ibu
    6. Warmer & Sterilizer Set (Little Bean) – Enjoybreastfeed
    *Ada lagi 6 set Milk Storage Bottle (Bumble Bee) x ambik lagi from one of our KIM member – Lyana Yann. Mintak tolong dia belikan masa sale kat SOGO Febuari 2011 yang lalu. 

    2nd Breastpump aku beli masa dalam berpantang. Memang menjadi idaman sejak dulu. Cuma belum ada kesempatan nak beli. Maklumlah, nak pilih yang terbaik untuk permata hatiku.
    1. BP Medela Freestyle – AnakIbu Blogshop
    “Dapat menyusukan anak kita sendiri dan dengan sepenuhnya tiada ternilai harganya berbanding dengan harga barang-barang yang dibeli. Apalah sangat harga barang-barang ini selain dari permata hati UMMI. Subhanallah.. Syukur kepada TUHAN kerana telah member nikmat ini.”

    Hubby


    Hari ni aku sedih sikit  sebab hubby aku bising giler bila tengok BP yang aku baru beli tu. Apa lagi, my FS lah.. Yelah, lelaki, manalah tahu perasaan seorang ibu yang ingin BF diaorang punya baby exlusively kan. Btw, aku cuba terangkan dengan sebaik2nya dan dengan cara yang berhemah agar dia dapat memahami apa yang aku buat ini bukanlah untuk kepuasan aku semata-mata tetapi hanyalah untuk memberi yang terbaik untuk permata hati kami. Seboleh2nya, aku ingin BF my new baby at least 2 yrs atau selebihnya. Atau, aku akan menyambung BF our next generations nanti. Kalau Allah mengurniakan kami lagi..Insya Allah…