“Teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan. Namun, dalam zaman serba moden, teori ini tidak lagi praktikal untuk diaplikasikan oleh kebanyakkan ibu yang rata-ratanya berkerjaya..”
Terharu tgk Amani minum masa ni, rasa nak menitis air mata pun ada..This is her 1st time |
Hakikatnya, ramai ibu pada zaman ini yang berkerjaya dan perlu meninggalkan bayi mereka untuk dijaga oleh orang lain. Tetapi, mampukah mereka menyusukan bayi kita dengan kaedah alternative yang telah disebutkan?Rata2 jawapannya ‘TIDAK’.Kerana ini akan menjadi 1 cabaran besar bagi mereka. Oleh itu, penggunaan botol adalah satu kaedah baru dan tanpa sedar menyokong penyusuan susu ibu kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa dan paling penting sangat praktikal.
Terdapat 2 perkara penting yang perlu ibu2 tahu bagi menjayakan penyusuan menggunakan botol. Pertama, elakkan memperkenalkan penggunaan botol terlalu awal kerana ditakuti bayi akan keliru puting dan akhirnya akan memilih botol kerana ianya lebih senang. Kedua, jangan pula terlalu lewat memperkenalkan penggunaan botol kepada bayi kerana ia akan menyebabkan bayi akan berasa lebih selesa menyusu terus dari payu dara ibunya.
Puting botol susu yang amat popular dikalangan ibu yang menyusukan bayi |
Tahukah Anda? Masa yang sesuai memperkenalkan bayi dengan penggunaan botol ialah selepas usianya melepasi empat minggu.. |
No comments:
Post a Comment