1st Breaspump

1st breastpump yang aku beli jenama Avent..Aku beli BP ni masa aku preggy 7 months..Untuk persediaan katakan..Sebab memang aku berniat nak full BF my baby at least 2 yrs..Insyaallah..Memang best sangat..Avent Isis iq Uno…Ada 3 functions BP ni… Kita boleh guna elektrik@bateri@manual.. Ikut kesesuaian kita…Bunyinya pun x bising..Cuma ianya single BP lah…Tp yang x best nya ialah, baru guna beberapa hari masa aku dalam pantang, BP ni dah x ble guna..maybe rosak masa dalam perjalanan sampai kat tangan aku@ntahlah.. Tak tahulah aku nak ckp..Terpaksalah aku guna manual dari bp aku rosak tu sampailah aku berpantang hari ke-40.. Tp, hasilnya tetap lumayan..Aku pam masa dalam pantang ni tak ikut jadual tapi ikut suka aku je..kadang2 1 hari sekali@2 kali@ 3 kali…paling banyak pun 4 kali 1 hari…Sekarang ni, 1st session aku boleh dapat at least 15 oz..Kalau 2nd session tu turun skt..Nak masuk malam tu byk balik…Kdg2 10oz @ 12 oz..Kalau tgh malam…aku dh tak larat..aku tido je..yelah, dalam pantang..kena banyak berehat..

Pengalaman ke 2

Masa anak kedua ni, siang2 aku dh bgtahu mama yg aku nak berpantang di rumahnya…Aku bgtahu mama masa dh pregnant 8 bulan lah…Sebenarnya, cuba2 jgk cari org nk jaga aku masa dlm pantang kat umah aku sendiri…Tp, mcm x de je…So, terpaksalah mntk tlg mama..Wlpun my mom ni x bekerja…tp dia sibuk dgn bisnes nya…Nsb baiklah ade ‘bibik’ yang membantu..So, aku nekad untuk berpantang di rumah mama…Walaupun aku tahu yg hubby aku mesti x berapa selesa tinggal di rumah my mom sepanjang tempoh aku berpantang 44 hari kan…Bukan ape, adik beradik ku semua nya perempuan…So, bile ade lelaki especially diaorg punya BIL…Diorg kenalah berpakaian menutup aurat ‘all the times’…tp, nak wat cam ne kan…aku memang memerlukan kehadiran hubby ku sentiasa disisi…he3…Opss…terlebih sudah..

My 2nd Baby

25 Febuari 2011 bersamaan hari Jumaat pukul 3.25pg aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 2.95kg di GHM..Petang itu juga aku dibenarkan pulang ke rumah..Bertambah berseri2 lah lagi kehidupan kami sekeluarga…Disebabkan lahirnya seorang puteri ini setelah kelahiran putera hati kami yang pertama dulu…Alhamdulillah…Aku begitu bersyukur..Hari ke tujuh dilahirkan, dia telah pun diberi nama Intan Rania Amani..mengikut nama depan ibunya..he3..

Rezeki Allah

Tanggal 30 November 2009, aku dikejutkan dengan berita gembira. Selepas selesai check up di Klinik Air Keroh bersama my hubby, aku disahkan mengandung 5 minggu dan bakal menimang cahaya mata pada bulan 28 Julai, 2010 nanti..'Wah..Amsyar bakal dapat adik baru nanti', bisik hatiku..Tapi, kulihat suamiku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan ini...'Amsyar x besar lagilah..'rungut suamiku...'Nak buat macam mana, Allah nak bagi..kita terima je lah bang...'jawabku pula...Dia terus diam membisu...Pertengahan bulan Disember, aku mendapat keputusan 'posting' ku...Aku ditempatkan di Selangor,di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding...kat manalah tu...1st time aku dengar nama sekolah tu...Rupa2 nya, ramai lagi geng2 kelas KPLI aku ditempatkan di Selangor...Aku diarahkan melapor diri pada 31 Disember 2009 dan dikehendaki mengambil surat di PPD Kuala Langat, pada hari yang sama..Hai..maknanya, lepas ni terpaksalah aku dan suamiku serta Amsyar berjauhan...Huh, sedih betullah...Kenalah cr tpt tggl utk aku stay kat Selangor nnti sementara tggu my hubby berpindah ke sini. Alhamdulillah, aku dpt tpt tinggal di sekitar badar Banting. so, aku pergi ke sekolah tumpang dengan kakak ni lah bersama seorang lagi housemate.Aku start mengajar di sekolah baru pada 4 Januari 2010. Tapi, pada keesokkan harinya aku rasa perut ku memulas2..aku gagahkan juga pergi ke sekolah..Dengan tidak semena2 keluar cecair merah di celah2 kakiku terus masuk ke dalam kasut yg kupakai ke sekolah pada hari itu.Aku menjadi panik. Mujurlah salah seorang staf sekolah segera menghantar ke Hospital Banting. Rupa2 nya bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. MasyaAllah..besar sugguh dugaan Mu Tuhan..Aku redha, tetapi tanpa sedar mangalir cecair panas di pipiku..X de rezki nampaknya..Aku ditahan di wad selama 3 hari sehingga aku betul2 sembuh...Kebetulan 6 Januari adalah hari lahirku yang ke...Hubby ku dtg dengan membawa hadiah, bunga d kek...Huh, terharu sungguh ketika itu..Pada 7 Januari 2010, barulah aku dibenarkan pulang..