Balik Kampung

Huh, lama betul rasanya x meng'update' my entry blog ni..sejak x-cident di pghujung April hari tu, rasa malas tu semakin menjadi2..Tapi aku nak cerita gak pasal aku x-cident hr tu...Ceritanya bermula begini, aku dengan family dan abang ipar aku baru balik dari kampung. Maklumlah cuti hari Isnin bersempena dengan Labour Day hr Ahad tu. Then, kami pun berkonvoilah dari Melaka menuju ke destinasi kami, Nilai melalui jalan ke Alor Gajah terus ke Seremban, masa tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Jalan highway Seremban ke Nilai jem teruk disebabkan ramai yang pulang bercuti ke kampung. Hampir 1 jam juga kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas tu, tapi kami pujuk kan hati supaya banyakkan bersabar. Anak2 kami semua dah tertidur keletihan disebabkan perjalanan kami yang menjadi bertambah panjang. Kami tidak sempat singgah ke rumah abang ipar yang terletak di Sepang disebabkan jam sudah terlalu lewat pukul 12.15 malam. Aku pulak sudah tidak mampu menahan mata yang kadangkala terpejam menahan ngantuk. Risau juga mengenangkan suami yang memandu seorang. Tiba2 aku seperti tersedar dari mimpi yang mana aku lihat kereta yang kami naiki sudah ke tengah jalan. Anak kami yang sulung, sedang menangis kerana terjatuh dari sofa tempat duduk belakang. Yang baby ni pun, menangis juga kerana terperanjat. Aku lihat, cermin kereta di depan suami aku  pecah teruk. Berkali2 aku beristghfar dan mengucapkan syukur kerana kami semua selamat. Cuma, kereta je, kemik sedikit di sebelah kanan. Kata suamiku, jalan gelap sangat dan dia terlanggar lembu@kerbau, dia pun x perasan sangat. Malam itu, kami terpaksa bermalam di rumah abang ipar kami jugak disebabkan peristiwa itu

1 comment:

Qaseh said...

sbb tu sy xsuka sgt balik kg mlm....kalo boleh bertolak pagi2 lepas subuh. syukur alhamdulilah...awak semua ok...