Milk Booster

Makanan dan minuman yang sering diamalkan sejak dari dalam pantang
Makanan:-
  • Coklat Cadbury ((cth: Zip)
  • Cheese cake
  • Cheese tart
  • Cheese biscuits
  • Madu
  • Bee poland
  • Kismis
  • Biskut Mazola
  • Peanut Butter with Blueberry (makan dgn roti)
  • Confinement Set Shaklee adds on Alfafa
Minuman :-
  • F&N Longan & Red Dates
  • Dried Longan & Red Dates
  • Fenugreek Mix Chocolate
  • Horlick
  • Oat
  • Royalmix
  • Ribena
* Ada di antara makanan@minuman tidak dijadikan rutin harian, seperti coklat, cheese based dan F&N longan & red dates. Bukan ape, takut memudaratkan kesihatan kita pulak kan...

    Makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu:-
    • Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
    • Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
    • Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
    • Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
    • Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
    • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
    • Klorofil
    • Chlorella
    • Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
    • Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
    • Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
    • Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
    • Habbatus sauda atau jintan hitam.
    • Barli – air atau bubur barli.
    • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
    • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
    • Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
    • Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
    • Pucuk betik atau bunga betik jantan.
    • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
    • Air horlicks
    • Susu dan produk tenusu
    • Teh hijau jepun
    • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
    • Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
    • Ubat homeopati.
    Makanan yang perlu dielakkan:-
    • Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano.
    * Keberkesanan sesuatu makanan@minuman bergantung kepada individu itu sendiri. Yang penting, ibu yang menyusukan bayinya perlu makan dan minum makanan yang berkhasiat setiap hari. Agar nutrien yang diperoleh oleh baby kita menjadi 'vaksin' untuk mereka.

    No comments: