Smoothies My Milk Booster


 Bahan-bahannya ialah :
1) Susu segar 1 gelas@mug besar
2) Semangkuk ais
3) 5 biji kacang badam (sebaiknya dibakar dahulu)
4) 2 biji buah kurma (buang bijinya)
5) 2@3 biji pisang masak





Masukkan ais, kurma dan badam di dalam pengisar. Kemudian, kisar sebentar. Selepas itu, terus masukkan susu tadi, kisar hingga sebati.



Selepas itu, masukkan pisang satu persatu. Kemudian, kisar sehingga hancur dan pekat.



Tara...dah siap pun...tgklah sape yg dah tunggu kat meja ni, our 1st baby 'Amsyar'..x sabar2 dia nk merasa smoothie buatan Ummi ni...sedap ke?



Untuk Amsyar, Ummi taburkan sikit coklat rice supaya nampak lebih attractive..



Opps Amsyar, jgn minum dulu, baca doa dulu ye..."Allahumma Bariklana Fi ma Razaktana Wa qina Azabannar'...ok, dh boleh minum...ummm yummy...'Ummi, sedapnyer aisklim ni',kata Amsyar.

Tips buat smoothie untuk anak anda ;
-gunakan EBM yg paling awal disimpan sbg pengganti susu td..
-boleh tmbhkn perisa spt ribena@vanilla.

* smoothie adalah salah satu my 'milk booster' Selamat mencuba...

No comments: