- Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan untuk meransang pengaliran dan penghasilan susu yang baik
- Sebelum menyusukan bayi, ibu perlulah melembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara selama bebrapa minit.
- Susu badan mengandungi 87.5% air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang2nya 8 gelas sehari.
- Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu yang dapat dihasilkan.
- Ibu yang menyusukan bayinya secara ekslusif, akan kerap lapar dan dahaga.
- Sepanjang tempoh penyusuan, bayi akan makan apa sahaja yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, ibu hendaklah mengawasi pemakanannya sehari2 terutamanya pengambilan kafein, nikotin, MSG, alkohol dan gula kerana bahan2 tersebut mudah meresap ke dalam susu ibu dan akan memberi kesan buruk terhadap bayi.
- Ibu2 digalakkan menyusukan bayi pada waktu malam kerana pada waktu tersebut hormon prolaktin akan dihasilkan pada tahap yang paling tinggi.
- Ibu yang menyusukan bayi hendaklah berhati2 ketika mencuci payu dara. Elakkan menyapu sabun terutamanya pada bahagian aerola dan puting bagi mengelakkan kekeringan pada bahagian tersebut.
- Mencuci payu dara dengan air suam adalah yang terbaik.
- Payu dara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan tidak selesa.
- Ibu yang menyusukan bayi tidak boleh mengambil ubat2 tanpa nasihat doktor terlebih dahulu. Ini termasuklah pengambilan pil perancang.
- Bayi yang minum susu ibu secara ekslusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi uang berupaya melawan pelbagai jenis penyakit.
- Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik adalah vitamin yang penting dan perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi.
- Susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ini bermakna khasiat dalam susu ibu lebih cepat diserap.
- Menyusukan bayi dengan susu ibu akan membantu tubuh ibu kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat.
- Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan kognitif dan otak bayi.
- Hormon Oxytacin yang terkandung dalam susu ibu berupaya mengecutkan rahim ibu.
- 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'Makrofaj'. Sel tersebut berfungsi membunuh 'fungus', 'bakteria' dan 'virus'.
- Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak2.
- Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka.
20 Perkara Papa Perlu Tahu Tentang Penyusuan
Labels:
Articles,
Breastfeeding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment