My Precious Moment BF in Public |
Tidak ramai ibu muda yang berani untuk menyusukan anak mereka di khalayak ramai terutamanya di tempat awam. Lazimnya, ibu akan berasa tertekan kerana kurang bersedia dan kurang yakin untuk menyusukan bayi mereka di tempat2 awam. Malahan, ada yang lebih rela bayi mereka menangis kerana tidak berjumpa dengan ruang khas untuk menyusukan bayi mereka.
Saya pernah mengalami situasi seperti ini, malahan kadangkala saya terpaksa pulang awal ke rumah kerana tidak berjumpa tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi saya. Jadi, agenda pada hari itu, terpaksa dipendekkan. Kadangkala, saya berasa amat tertekan dan bimbang jika tiba2 anak saya akan menangis dan meraung meminta susu. Oleh itu, saya akan pastikan dia betul2 kenyang dan tertidur ketika saya membawa dia keluar ber’shopping’ atau ke majlis2 keramaian. Mungkin pada masa itu, saya tidak mempunyai banyak pengalaman dan tidak cukup informasi dalam menyusukan bayi saya di luar rumah.
Sekarang, saya berasa lebih yakin untuk menyusukan bayi saya di luar, pada bila2 masa dan di mana jua. Malahan, saya akan memakai baju yang berbutang di hadapan dan memakai ‘inner’ di dalam sebagai persediaan menyusukan bayi saya dalam bagaimana keadaan pun. Kadangkala, saya memakai cardigan atau selendang sebagai penutup apabila saya menyusukan bayi di luar rumah.Selain itu, coli penyusuan juga amat penting dalam menjayakan misi penyusuan di khalayak ramai ini. Saya lebih suka bra yang mempunyai butang di hadapan daripada bra yang bercangkuk di atas. Kerana, bra yang bercangkuk akan susah dibuka dan ditutup semula manakala bra yang berbutang tidak perlu dibuka hanya disingkap sahaja dan cara menutupnya pula lebih mudah.
Sokongan dari suami juga amat penting dalam menjayakan misi ini kerana suami adalah orang yang paling penting untuk menambahkan keyakinan kita untuk berbuat demikian.
Di sini saya senarikan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu malu untuk menyusukan bayi mereka di hadapan khalayak ramai. Antaranya ialah:-
1) Perasaan Kurang Yakin
-Biasanya dirasai oleh ibu baru yang ingin menyesuaikan keadaan sekeliling dengan peranannya sebagai seorang ibu, termasuklah aspek penyusuan bayi. Kadangkala, ibu ini tidak berasa yakin dan ragu2 untuk melakukannya di khalayak ramai kerana ditakuti penerimaan masyarakat sekeliling dan pandangan negatif dari mereka.
2) Malu Mendedahkan Payu Dara
-Malu kerana memikirkan bahawa mereka akan mendedahkan payu dara di khalayak ramai dan orang ramai akan memandang mereka dengan perasaan kurang senang atau tidak selesa justeru pemberian susu formula adalah alternative terbaik yang boleh mereka fikirkan.
3) Dilabel Tidak Moden
-Menyusukan bayi adalah ‘amalan tradisional’ dan ‘tidak moden’ bagi sesetengah orang kerana ianya dianggap amalan yang ketinggalan zaman. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, penggunaan susu formula adalah sangat kurang dan ada juga mengaitkan penyusuan bayi dengan status ekonomi yang rendah atau tidak mampu membeli susu formula.
4) Tiada Sokongan dan Galakan
-Suami menganggap yang isteri mereka ‘old fashioned’ dan akan mencuri perhatian orang ramai kerana mendedahkan payu dara mereka nanti. Dan ini akan membuatkan para suami berasa malu berhadapan dengan orang lain.
5) Pakaian Khas Menyusu
- Tidak memakai pakaian yang sesuai juga menyebabkan seseorang ibu itu berasa kurang selesa untuk menyusukan bayi mereka di tempat awam. Ini disebabkan mereka beranggapan akan mendedahkan sebahagian aurat mereka di hadapan khalayak dan kadangkala masyarakat memandang serong terhadap mereka. Oleh itu, ini akan dianggap remeh dan menggangu jadual ibu itu tadi yang sedang ‘outing’ dan orang lain pula memulakan perbualan ‘kenapa tidak ajar susu formula sahaja? Kan lebih memudahkan…”dan sebagainya. Dan mengikut pengalaman terdahulu yang tidak mahu menyusukan anak mereka apabila keluar dari rumah kerana ianya dianggap ‘menyusahkan’,’susah nak berjalan’, bergerak ke sana ke mari..kerana perlu mebawa anak ke mana sahaja.
*Apapun alasan di atas, kita ingin memastikan anak kita mendapat hanya yang terbaik. Dan, susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia kerana ianya adalah kurniaan Tuhan buat kita yang bergelar ibu. Oleh itu, jadikan faktor-faktor di atas sebagai persediaan buat kita apabila kita hendak menyusukan bayi kita di tempat awam.
No comments:
Post a Comment