Pemerahan susu untuk simpanan waktu bekerja boleh dimulakan sejak dari dalam pantang. Mulakannya sebaik sahaja penghasilan susu ibu telah matang, iaitu bekalan susu telah banyak terhasil. Apabila pemerahan susu dilakukan di rumah, kebanyakan ibu mendapati lebih mudah untuk mendapatkan aliran susu yang laju apabila sebelah payudara dihisap oleh bayi manakala sebelah lagi untuk diperah. Dengan cara ini, susu dapat dikumpulkan dengan lebih cepat.
Apabila di tempat kerja, dan bayi tidak bersama ibu, proses stimulasi atau rangsangan perlu dilakukan untuk memudahkan pengaliran susu. Cuba setiap satu dan pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan.
- Ibu boleh meletakkan penuam panas di payudara untuk merangsang pengaliran susu.
- Kaedah urutan secara pusaran kecil di sekeliling payudara, diikuti usapan lurus dari bahagian atas dada ke arah putting dan kemudian menunduk ke bawah agar payudara mendapat tarikan graviti boleh membantu mempercepatkan aliran susu.
- Membawa gambar bayi atau baju yang pernah dipakai oleh bayi dapat memberi kesan psikologi kepada ibu dan merangsang aliran susu bagi sesetengah ibu.
No comments:
Post a Comment