Penyimpanan EBM

Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap maksimum. Pastikan setiap bekas penyimpan susu telah dibersihkan dengan sempurna. Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan masa perahan. Pada suhu bilik 18-22C (pejabat yang berhawa dingin), susu boleh kekal segar sehingga 8 jam. Di dalam peti sejuk, bahagian bawah, susu ibu boleh bertahan lebih kurang 3 hari. Di dalam peti sejuk satu pintu, di bahagian beku, susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu. Jika bahagian dingin bekunya berasingan(2@3 pintu), susu beku boleh tahan selama 3 bulan. Jika ibu berhasrat untuk menyimpan susu pada kadar yang lebih lama, lebih kurang 6 bulan, susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku yang mempunyai suhu tetap di bawah -19C. Susu beku yang akan digunakan perlu dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian bawah peti ais semalaman. Keluarkan dari peti sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja dan rendam bekas susu itu di dalam air panas untuk menghangatkan susu sebelum diberikan kepada bayi.

No comments: