Menangkis Perasaan Malu

My Precious Moment BF in Public

Tidak ramai ibu muda yang berani untuk menyusukan anak mereka di khalayak ramai terutamanya di tempat awam. Lazimnya, ibu akan berasa tertekan kerana kurang bersedia dan kurang yakin untuk menyusukan bayi mereka di tempat2 awam. Malahan, ada yang lebih rela bayi mereka menangis kerana tidak berjumpa dengan ruang khas untuk menyusukan bayi mereka.
Saya pernah mengalami situasi seperti ini, malahan kadangkala saya terpaksa pulang awal ke rumah kerana tidak berjumpa tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi saya. Jadi, agenda pada hari itu, terpaksa dipendekkan. Kadangkala, saya berasa amat tertekan dan bimbang jika tiba2 anak saya akan menangis dan meraung meminta susu. Oleh itu, saya akan pastikan dia betul2 kenyang dan tertidur ketika saya membawa dia keluar ber’shopping’ atau ke majlis2 keramaian. Mungkin pada masa itu, saya tidak mempunyai banyak pengalaman dan tidak cukup informasi dalam menyusukan bayi saya di luar rumah.
Sekarang, saya berasa lebih yakin untuk menyusukan bayi saya di luar, pada bila2 masa dan di mana jua. Malahan, saya akan memakai baju yang berbutang di hadapan dan memakai ‘inner’ di dalam sebagai persediaan menyusukan bayi saya dalam bagaimana keadaan pun. Kadangkala, saya memakai cardigan atau selendang sebagai penutup apabila saya menyusukan bayi di luar rumah.Selain itu, coli penyusuan juga amat penting dalam menjayakan misi penyusuan di khalayak ramai ini. Saya lebih suka bra yang mempunyai butang di hadapan daripada bra yang bercangkuk di atas. Kerana, bra yang bercangkuk akan susah dibuka dan ditutup semula manakala bra yang berbutang tidak perlu dibuka hanya disingkap sahaja dan cara menutupnya pula lebih mudah.
Sokongan dari suami juga amat penting dalam menjayakan misi ini kerana suami adalah orang yang paling penting untuk menambahkan keyakinan kita untuk berbuat demikian.
Di sini saya senarikan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu malu untuk menyusukan bayi mereka di hadapan khalayak ramai. Antaranya ialah:-

1) Perasaan Kurang Yakin
-Biasanya dirasai oleh ibu baru yang ingin menyesuaikan keadaan sekeliling dengan peranannya sebagai seorang ibu, termasuklah aspek penyusuan bayi. Kadangkala, ibu ini tidak berasa yakin dan ragu2 untuk melakukannya di khalayak ramai kerana ditakuti penerimaan masyarakat sekeliling dan pandangan negatif dari mereka.

2) Malu Mendedahkan Payu Dara
-Malu kerana memikirkan bahawa mereka akan mendedahkan payu dara di khalayak ramai dan orang ramai akan memandang mereka dengan perasaan kurang senang atau tidak selesa justeru pemberian susu formula adalah alternative terbaik yang boleh mereka fikirkan.

3) Dilabel Tidak Moden
-Menyusukan bayi adalah ‘amalan tradisional’ dan ‘tidak moden’ bagi sesetengah orang kerana ianya dianggap amalan yang ketinggalan zaman. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, penggunaan susu formula adalah sangat kurang dan ada juga mengaitkan penyusuan bayi dengan status ekonomi yang rendah atau tidak mampu membeli susu formula.
4) Tiada Sokongan dan Galakan
-Suami menganggap yang isteri mereka ‘old fashioned’ dan akan mencuri perhatian orang ramai kerana mendedahkan payu dara mereka nanti. Dan ini akan membuatkan para suami berasa malu berhadapan dengan orang lain.

5) Pakaian Khas Menyusu
- Tidak memakai pakaian yang sesuai juga menyebabkan seseorang ibu itu berasa kurang selesa untuk menyusukan bayi mereka di tempat awam. Ini disebabkan mereka beranggapan akan mendedahkan sebahagian aurat mereka di hadapan khalayak dan kadangkala masyarakat memandang serong terhadap mereka. Oleh itu, ini akan dianggap remeh dan menggangu jadual ibu itu tadi yang sedang ‘outing’ dan orang lain pula memulakan perbualan ‘kenapa tidak ajar susu formula sahaja? Kan lebih memudahkan…”dan sebagainya. Dan mengikut pengalaman terdahulu yang tidak mahu menyusukan anak mereka apabila keluar dari rumah kerana ianya dianggap ‘menyusahkan’,’susah nak berjalan’, bergerak ke sana ke mari..kerana perlu mebawa anak ke mana sahaja.

*Apapun alasan di atas, kita ingin memastikan anak kita mendapat hanya yang terbaik. Dan, susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia kerana ianya adalah kurniaan Tuhan buat kita yang bergelar ibu. Oleh itu, jadikan faktor-faktor di atas sebagai persediaan buat kita apabila kita hendak menyusukan bayi kita di tempat awam.

Pagi yang Indah

Total 16 oz at 8.30am in 20 minutes
Inilah 'My Milk Storages Station'..Yang belum diisi lagi..
Hari ini aku rasa seronok bukan main, senyum lebar dibuatnya..yelah, hr ni dan pagi ni sekali pam je aku boleh dpt +- 16oz..biasanya, kalau pagi2 camni, paling kurang pun aku dapat tak kurang dari 10oz..tp pg ni, aku pun teruja..tu pun ade yang tertumpah2 kat atas kain...sebab x perasan punye pasal...cpt2 aku mntk tolong Amsyar ambikkan UMMI dia lg 2 botol kosong...berlari terkedek2 dia tolong ambikkan..Nasib baik aku dh letakkan satu tempat khas untuk storage bottles dan storage bags yg belum diisi dan aku telah terangkan pada Amsyar berkali2 supaya dia ble jd Assistant aku bila aku perlukan bantuan...2 botol yang pertama aku dpt dlm masa 9 minit dan 2 botol yg kedua, aku genapkan 20 minit...Ramai yang bertanya rahsianya...Alhamdulillah, rezeki anak2 di samping mengamalkan minum air masak byk2, Royalmix, red dates n dried longan....yg plg penting, selalu kosongkan B ye...ini aku punya jadual setiap hari yg boleh diikuti...


SARAPAN PAGI:
-pil Obimin
-Kismis@kurma

-longan kering d kurma merah diminum suam2
-minum horlick cmpur oats.
-mkn roti sapu peanut with bluberries

MINUM PAGI:
-fenugreek Mix Chocolate
-mkn kudap2an biskut Mazola@peanut biscuit jenama Julie's

MAKAN TENGAHARI:
-makan nasi mesti lgkap hidangan ade sayur2an hijau, daging@ayam@ikan.
-buah2 an sebiji(epal,oren,etc)
-Air Ribena

MINUM PETANG:
-tea longan n red dates
-Biskut Peanut jenama JULIE's

MAKAN MALAM:
-nasi@roti@oat
-minum susu+kurma

SEBELUM TIDUR:
-minum segelas ROYALMIX(sejenis minuman soya yg dicampur madu)

*kerap pump d bg bby minum...selalu kosongkan B

Milk Booster

Makanan dan minuman yang sering diamalkan sejak dari dalam pantang
Makanan:-
  • Coklat Cadbury ((cth: Zip)
  • Cheese cake
  • Cheese tart
  • Cheese biscuits
  • Madu
  • Bee poland
  • Kismis
  • Biskut Mazola
  • Peanut Butter with Blueberry (makan dgn roti)
  • Confinement Set Shaklee adds on Alfafa
Minuman :-
  • F&N Longan & Red Dates
  • Dried Longan & Red Dates
  • Fenugreek Mix Chocolate
  • Horlick
  • Oat
  • Royalmix
  • Ribena
* Ada di antara makanan@minuman tidak dijadikan rutin harian, seperti coklat, cheese based dan F&N longan & red dates. Bukan ape, takut memudaratkan kesihatan kita pulak kan...

    Makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu:-
    • Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
    • Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
    • Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
    • Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
    • Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
    • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
    • Klorofil
    • Chlorella
    • Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
    • Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
    • Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
    • Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
    • Habbatus sauda atau jintan hitam.
    • Barli – air atau bubur barli.
    • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
    • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
    • Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
    • Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
    • Pucuk betik atau bunga betik jantan.
    • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
    • Air horlicks
    • Susu dan produk tenusu
    • Teh hijau jepun
    • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
    • Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
    • Ubat homeopati.
    Makanan yang perlu dielakkan:-
    • Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano.
    * Keberkesanan sesuatu makanan@minuman bergantung kepada individu itu sendiri. Yang penting, ibu yang menyusukan bayinya perlu makan dan minum makanan yang berkhasiat setiap hari. Agar nutrien yang diperoleh oleh baby kita menjadi 'vaksin' untuk mereka.

    Smoothies My Milk Booster


     Bahan-bahannya ialah :
    1) Susu segar 1 gelas@mug besar
    2) Semangkuk ais
    3) 5 biji kacang badam (sebaiknya dibakar dahulu)
    4) 2 biji buah kurma (buang bijinya)
    5) 2@3 biji pisang masak





    Masukkan ais, kurma dan badam di dalam pengisar. Kemudian, kisar sebentar. Selepas itu, terus masukkan susu tadi, kisar hingga sebati.



    Selepas itu, masukkan pisang satu persatu. Kemudian, kisar sehingga hancur dan pekat.



    Tara...dah siap pun...tgklah sape yg dah tunggu kat meja ni, our 1st baby 'Amsyar'..x sabar2 dia nk merasa smoothie buatan Ummi ni...sedap ke?



    Untuk Amsyar, Ummi taburkan sikit coklat rice supaya nampak lebih attractive..



    Opps Amsyar, jgn minum dulu, baca doa dulu ye..."Allahumma Bariklana Fi ma Razaktana Wa qina Azabannar'...ok, dh boleh minum...ummm yummy...'Ummi, sedapnyer aisklim ni',kata Amsyar.

    Tips buat smoothie untuk anak anda ;
    -gunakan EBM yg paling awal disimpan sbg pengganti susu td..
    -boleh tmbhkn perisa spt ribena@vanilla.

    * smoothie adalah salah satu my 'milk booster' Selamat mencuba...

    Deep Freezer

    Excited sgguh bile my frenz from KIM told me that my DF will be sent on this Friday...X sabarnyer...bukan ape, dulu mase yg 1st x delah smgt camni..tp, yg 2nd ni smgt lain macam2..sggp berhabis2 an utk ank tersayang...itulah pengorbanan seorang ibu kan? Segalanya Untukmu...Bukan itu sahaja, selain Amani dapat EBF, Amsyar pun dapat merasakan kelazatan dan kebaikan SI melalui pelbagai resepi yang ummi dia akan buat setiap hari...Di samping, minum secawan fresh milk sehari from Ummi..Moga2 Ummi punya misi kali ini berjaya...






    Ni stok hr pertama DF sampai sehinggalah keesokkan harinya..means, ni stok 2 hari masa dok kat Banting ni..Stok2 EBM yang lain, semua tinggal kat kampung lagi, x sempat nk bawak balik...maybe next week balik kena ambik...huhu...

    Kumpulan Sokongan

    Member Since December 2010

    Ini adalah satu group yang paling aku gemari dalam ruangan MUKA BUKU ku. Bukan ape, ahli2 group ini telah banyak membantu aku dalam menjayakan misi penyusuanku kali ini. Aku cukup berterima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku Nazihah Fardzley kerana telah meng’add’ aku dlm group ini. Segala info, panduan dan nasihat amat berguna pada diri aku sejak aku pregnant lagi. So, dapatlah aku membuat persediaan lebih awal dalam memulakan serta menjayakan MY BREASTFEEDING MISSION kali ini. Walaupun sebelum ini aku pernah juga mencuba untuk BF my 1st baby, tapi tiada sokongan dari ahli keluarga pada ketika itu. Tambahan pula, lebih mudah terpengaruh cakap2 orang sekeliling. Malahan, Kumpulan Sokongan seperti belum wujud pada ketika itu. Lagipun, info yang ada padaku masa tu belum cukup untuk menepis segala tohmahan dan kata2 negative dari orang lain. Aku begitu bersyukur kerana group ini banyak membantu aku dari saat belum melahirkan sehinggalah aku selamat melahirkan puteriku pada 25 November yang lalu. Nama2 seperti Intan Azmira Azman, Aqilah Idris, Mummycare Liza, Tini Nisha Wirdas,Raziyah Abdul Razak, Iffa Anuar, Lyana Yann, Ruziah Amin, Nor Aznita Erpan,  Nor Hasyimah Idris dll (mohon maaf jika ada nama yang tidak disebutkan di sini) seperti tidak asing lagi bagiku. Mereka seolah2 menjadi sumber inspirasi bagiku kerana sering meniupkan kata2 semangat dan member nasihat. Yelah, walaupun ada dia antara mereka yang aku belum pernah bersua muka. Namun, rasanya aku seperti dekat dan telah lama mengenali mereka yang berada dalam group ini.

    Gadget BF

    Inilah antara gadget2 BF yang aku prepare since aku pregnant 7 bulan lagi. Kebanyakkannya, aku beli dari member2 KIM jgk..Aku rasa lebih percayakan mereka dari orang lain..Barang 1st sekali yang aku beli ialah ;-
    1. BP Avent Isis iq Uno full set – Kids n Avent
    2. Full package (keychain, button, sticker, fridge magnets & Buku ‘Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu yang Bekerjaya’) – Dunia Susu Ibu
    3. Nursing Pillow & Milk Storage Bag (Jingle Jungle) – Fabulous Mom
    4. Milk Storage Bottle (Bumble Bee) – e-Mum Shop
    5. Pro Mom Bag with cooler (MLO) – Dunia Susu Ibu
    6. Warmer & Sterilizer Set (Little Bean) – Enjoybreastfeed
    *Ada lagi 6 set Milk Storage Bottle (Bumble Bee) x ambik lagi from one of our KIM member – Lyana Yann. Mintak tolong dia belikan masa sale kat SOGO Febuari 2011 yang lalu. 

    2nd Breastpump aku beli masa dalam berpantang. Memang menjadi idaman sejak dulu. Cuma belum ada kesempatan nak beli. Maklumlah, nak pilih yang terbaik untuk permata hatiku.
    1. BP Medela Freestyle – AnakIbu Blogshop
    “Dapat menyusukan anak kita sendiri dan dengan sepenuhnya tiada ternilai harganya berbanding dengan harga barang-barang yang dibeli. Apalah sangat harga barang-barang ini selain dari permata hati UMMI. Subhanallah.. Syukur kepada TUHAN kerana telah member nikmat ini.”

    Hubby


    Hari ni aku sedih sikit  sebab hubby aku bising giler bila tengok BP yang aku baru beli tu. Apa lagi, my FS lah.. Yelah, lelaki, manalah tahu perasaan seorang ibu yang ingin BF diaorang punya baby exlusively kan. Btw, aku cuba terangkan dengan sebaik2nya dan dengan cara yang berhemah agar dia dapat memahami apa yang aku buat ini bukanlah untuk kepuasan aku semata-mata tetapi hanyalah untuk memberi yang terbaik untuk permata hati kami. Seboleh2nya, aku ingin BF my new baby at least 2 yrs atau selebihnya. Atau, aku akan menyambung BF our next generations nanti. Kalau Allah mengurniakan kami lagi..Insya Allah…

    1st Day Outing

    Hari ni 1st time aku keluar malam setelah 44 hari berpantang..Sepatutnya, smbut annivessary mama d abah pada 01/04/11..tp, terpaksa tunda disebabkan aku yang masih belum hbs berpantang ni..So, pada 08/04/11 barulah kami semua 1 family termasuk atuk, nenek dan bibik keluar 'outing' malam2 makan kat 1 restoren kat Melaka. Boleh tahan jugaklah makanan diaorang...Aku sebenarnya, dah biasa makan kat sini tapi masa aku 'pregnant' yg 1st dulu dan masa kami blm ada baby...Now, we come again here with 2 babies...So, Amsyar 1 st time datang sini...Then, dia dgn Zulkarnain ape lg bermain2 di dlm restoren tu mcm kat rumah diaorg je...huhu...Hbs meja restoren dipanjatnya..Hampir diaorg pergi ke jalan raya kalau kitaorg x smpt tgk..Huh...Alhamdulillah, nasib baik ade yg perasan...

    2nd Breastpump


    Alhamdulillah..My Medela Freestyle just arrived..Tokey kedai AnakIbu Blogshop hantar sendiri kat umah mak aku..Maklumlah, kak Ruziah dok kat Bukit Beruang. Kebetulan aku masih belum habis berpantang dan kebetulan pula, dia one of our KIM's Group Member . So, dia hantar terus kat umah aku. Sambil2 tu dia datang nak jengok ‘baby girl’ aku dan macam mana nak guna BP baru aku tu ler. Memang teruja giler nak guna BP ni. Yelah, BP ni menjadi idaman semua wanita yang bergelar ibu yang BF diaorang punya baby. Tak sabar rasanya aku nak guna BP ni. Lepas je dapat, aku terus buka dan tgk2 part2 yang ada dan baca serba sikit manual book yang disediakan. Lepas tu, aku terus cuci dan ‘strelize’ part2 yang sepatutnya. Wui, berbunga-bunga rasa hati ni.

    Order FS

    Alhamdulillah aku dapat fully breasfeed my baby hampir 44 hari..Tanpa pandangan2 negatif dan sebagainya…Hampir semua org2 yang datang melawat aku menyokong tindakanku  menyusukan bayi secara ekslusif..Dan, yang lebih membanggakan aku, my mom mmg fully support breastfeed my baby until 6 months, sebelum diberi solid food..Lagilah aku bersyukur…Dalam diam, aku order lg 1 BP…Freestyle, idaman semua BF Mom masa kini…Sebab2 nya, untuk memudahkan aku buat stok dan mengumpul sebanyak2 nya sebelum aku mula bekerja..yg keduanya, untuk untuk memudahkan aku masa aku bekerja nanti..kat sekolah aku x delah sesibuk mana..Cuma memudahkan aku je..Lagipun, takut2 lah kalau aku dapat relief ke…bolehlah cover masa2 pumping session yg tertinggal..Lagi 1, perjalanan pergi dan balik ke sekolah dan ke rumah memakan masa 1 jam totally lah..So, bila tgh ‘driving’ ke sekolah dan ke rumah, bolehlah ber’pumping’ sekali…Kan menjimatkan masa..Memang macam2 yang aku ‘imagine’ dalam kepala ni..Maklumlah tinggal lebih kurang 5 minggu aku akan ke sekolah semula..Macam malas je..Yelah dah cuti 90 hari..Rasa macam nak cuti terus..huhu…

    EBM Stock

    Aku start pam SI dari hari ke-4 berpantang..Mula2 memanglah susah dan kadang2 rasa nak ‘give up’ pun ade..tp, aku kuatkan semangat..Dalam hatiku berbisik ‘mula2 sikit, lama2 jadi bukit’…Memanglah mula2 dpt 2 oz sebelah B..Biasanya aku dpt 4 oz utk 1 sessi..Memang  seronok bila pam dari hari ke sehari hasilnya akan bertambah..Lagi seronok bila tgk peti ais kat rumah mama makin hari makin penuh… Terpaksa hantar separuh kat umah mak..Bila mak tgk hasil tenusu ku banyak macam tu…X delah diaorg cakap pasal FM lagi..Yelah, kat umah mak aku ni org sekelilingnya byk yg telah berusia..So, pemikiran diaorg dgn org zaman skrg lain..Bila dia ckp macam2 je, aku banyak lagi menjawabnya sbb aku dah bersedia dgn jwpn2 yang boleh mematahkan kata-kata mereka..Bukan mak aku je x support.. Termasuklah SIL dan ipar duai ku..Mcm2 yg diaorg ckp pasal bf anak ni…’bau hanyirlah’..’x rosak ke simpan lama’..’susu x basi ke’..’kesian anak minum susu yang dah x berkhasiat’..Huh…Sedih betul bila diaorg x menyokong aku…Nasib baiklah kali ini hubby ku support 100% dgn x berkata apa2 pun..Diam kan lebih baik…