Gadget BF

Inilah antara gadget2 BF yang aku prepare since aku pregnant 7 bulan lagi. Kebanyakkannya, aku beli dari member2 KIM jgk..Aku rasa lebih percayakan mereka dari orang lain..Barang 1st sekali yang aku beli ialah ;-
  1. BP Avent Isis iq Uno full set – Kids n Avent
  2. Full package (keychain, button, sticker, fridge magnets & Buku ‘Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu yang Bekerjaya’) – Dunia Susu Ibu
  3. Nursing Pillow & Milk Storage Bag (Jingle Jungle) – Fabulous Mom
  4. Milk Storage Bottle (Bumble Bee) – e-Mum Shop
  5. Pro Mom Bag with cooler (MLO) – Dunia Susu Ibu
  6. Warmer & Sterilizer Set (Little Bean) – Enjoybreastfeed
*Ada lagi 6 set Milk Storage Bottle (Bumble Bee) x ambik lagi from one of our KIM member – Lyana Yann. Mintak tolong dia belikan masa sale kat SOGO Febuari 2011 yang lalu. 

2nd Breastpump aku beli masa dalam berpantang. Memang menjadi idaman sejak dulu. Cuma belum ada kesempatan nak beli. Maklumlah, nak pilih yang terbaik untuk permata hatiku.
  1. BP Medela Freestyle – AnakIbu Blogshop
“Dapat menyusukan anak kita sendiri dan dengan sepenuhnya tiada ternilai harganya berbanding dengan harga barang-barang yang dibeli. Apalah sangat harga barang-barang ini selain dari permata hati UMMI. Subhanallah.. Syukur kepada TUHAN kerana telah member nikmat ini.”

Hubby


Hari ni aku sedih sikit  sebab hubby aku bising giler bila tengok BP yang aku baru beli tu. Apa lagi, my FS lah.. Yelah, lelaki, manalah tahu perasaan seorang ibu yang ingin BF diaorang punya baby exlusively kan. Btw, aku cuba terangkan dengan sebaik2nya dan dengan cara yang berhemah agar dia dapat memahami apa yang aku buat ini bukanlah untuk kepuasan aku semata-mata tetapi hanyalah untuk memberi yang terbaik untuk permata hati kami. Seboleh2nya, aku ingin BF my new baby at least 2 yrs atau selebihnya. Atau, aku akan menyambung BF our next generations nanti. Kalau Allah mengurniakan kami lagi..Insya Allah…

1st Day Outing

Hari ni 1st time aku keluar malam setelah 44 hari berpantang..Sepatutnya, smbut annivessary mama d abah pada 01/04/11..tp, terpaksa tunda disebabkan aku yang masih belum hbs berpantang ni..So, pada 08/04/11 barulah kami semua 1 family termasuk atuk, nenek dan bibik keluar 'outing' malam2 makan kat 1 restoren kat Melaka. Boleh tahan jugaklah makanan diaorang...Aku sebenarnya, dah biasa makan kat sini tapi masa aku 'pregnant' yg 1st dulu dan masa kami blm ada baby...Now, we come again here with 2 babies...So, Amsyar 1 st time datang sini...Then, dia dgn Zulkarnain ape lg bermain2 di dlm restoren tu mcm kat rumah diaorg je...huhu...Hbs meja restoren dipanjatnya..Hampir diaorg pergi ke jalan raya kalau kitaorg x smpt tgk..Huh...Alhamdulillah, nasib baik ade yg perasan...

2nd Breastpump


Alhamdulillah..My Medela Freestyle just arrived..Tokey kedai AnakIbu Blogshop hantar sendiri kat umah mak aku..Maklumlah, kak Ruziah dok kat Bukit Beruang. Kebetulan aku masih belum habis berpantang dan kebetulan pula, dia one of our KIM's Group Member . So, dia hantar terus kat umah aku. Sambil2 tu dia datang nak jengok ‘baby girl’ aku dan macam mana nak guna BP baru aku tu ler. Memang teruja giler nak guna BP ni. Yelah, BP ni menjadi idaman semua wanita yang bergelar ibu yang BF diaorang punya baby. Tak sabar rasanya aku nak guna BP ni. Lepas je dapat, aku terus buka dan tgk2 part2 yang ada dan baca serba sikit manual book yang disediakan. Lepas tu, aku terus cuci dan ‘strelize’ part2 yang sepatutnya. Wui, berbunga-bunga rasa hati ni.

Order FS

Alhamdulillah aku dapat fully breasfeed my baby hampir 44 hari..Tanpa pandangan2 negatif dan sebagainya…Hampir semua org2 yang datang melawat aku menyokong tindakanku  menyusukan bayi secara ekslusif..Dan, yang lebih membanggakan aku, my mom mmg fully support breastfeed my baby until 6 months, sebelum diberi solid food..Lagilah aku bersyukur…Dalam diam, aku order lg 1 BP…Freestyle, idaman semua BF Mom masa kini…Sebab2 nya, untuk memudahkan aku buat stok dan mengumpul sebanyak2 nya sebelum aku mula bekerja..yg keduanya, untuk untuk memudahkan aku masa aku bekerja nanti..kat sekolah aku x delah sesibuk mana..Cuma memudahkan aku je..Lagipun, takut2 lah kalau aku dapat relief ke…bolehlah cover masa2 pumping session yg tertinggal..Lagi 1, perjalanan pergi dan balik ke sekolah dan ke rumah memakan masa 1 jam totally lah..So, bila tgh ‘driving’ ke sekolah dan ke rumah, bolehlah ber’pumping’ sekali…Kan menjimatkan masa..Memang macam2 yang aku ‘imagine’ dalam kepala ni..Maklumlah tinggal lebih kurang 5 minggu aku akan ke sekolah semula..Macam malas je..Yelah dah cuti 90 hari..Rasa macam nak cuti terus..huhu…

EBM Stock

Aku start pam SI dari hari ke-4 berpantang..Mula2 memanglah susah dan kadang2 rasa nak ‘give up’ pun ade..tp, aku kuatkan semangat..Dalam hatiku berbisik ‘mula2 sikit, lama2 jadi bukit’…Memanglah mula2 dpt 2 oz sebelah B..Biasanya aku dpt 4 oz utk 1 sessi..Memang  seronok bila pam dari hari ke sehari hasilnya akan bertambah..Lagi seronok bila tgk peti ais kat rumah mama makin hari makin penuh… Terpaksa hantar separuh kat umah mak..Bila mak tgk hasil tenusu ku banyak macam tu…X delah diaorg cakap pasal FM lagi..Yelah, kat umah mak aku ni org sekelilingnya byk yg telah berusia..So, pemikiran diaorg dgn org zaman skrg lain..Bila dia ckp macam2 je, aku banyak lagi menjawabnya sbb aku dah bersedia dgn jwpn2 yang boleh mematahkan kata-kata mereka..Bukan mak aku je x support.. Termasuklah SIL dan ipar duai ku..Mcm2 yg diaorg ckp pasal bf anak ni…’bau hanyirlah’..’x rosak ke simpan lama’..’susu x basi ke’..’kesian anak minum susu yang dah x berkhasiat’..Huh…Sedih betul bila diaorg x menyokong aku…Nasib baiklah kali ini hubby ku support 100% dgn x berkata apa2 pun..Diam kan lebih baik…

1st Breaspump

1st breastpump yang aku beli jenama Avent..Aku beli BP ni masa aku preggy 7 months..Untuk persediaan katakan..Sebab memang aku berniat nak full BF my baby at least 2 yrs..Insyaallah..Memang best sangat..Avent Isis iq Uno…Ada 3 functions BP ni… Kita boleh guna elektrik@bateri@manual.. Ikut kesesuaian kita…Bunyinya pun x bising..Cuma ianya single BP lah…Tp yang x best nya ialah, baru guna beberapa hari masa aku dalam pantang, BP ni dah x ble guna..maybe rosak masa dalam perjalanan sampai kat tangan aku@ntahlah.. Tak tahulah aku nak ckp..Terpaksalah aku guna manual dari bp aku rosak tu sampailah aku berpantang hari ke-40.. Tp, hasilnya tetap lumayan..Aku pam masa dalam pantang ni tak ikut jadual tapi ikut suka aku je..kadang2 1 hari sekali@2 kali@ 3 kali…paling banyak pun 4 kali 1 hari…Sekarang ni, 1st session aku boleh dapat at least 15 oz..Kalau 2nd session tu turun skt..Nak masuk malam tu byk balik…Kdg2 10oz @ 12 oz..Kalau tgh malam…aku dh tak larat..aku tido je..yelah, dalam pantang..kena banyak berehat..

Pengalaman ke 2

Masa anak kedua ni, siang2 aku dh bgtahu mama yg aku nak berpantang di rumahnya…Aku bgtahu mama masa dh pregnant 8 bulan lah…Sebenarnya, cuba2 jgk cari org nk jaga aku masa dlm pantang kat umah aku sendiri…Tp, mcm x de je…So, terpaksalah mntk tlg mama..Wlpun my mom ni x bekerja…tp dia sibuk dgn bisnes nya…Nsb baiklah ade ‘bibik’ yang membantu..So, aku nekad untuk berpantang di rumah mama…Walaupun aku tahu yg hubby aku mesti x berapa selesa tinggal di rumah my mom sepanjang tempoh aku berpantang 44 hari kan…Bukan ape, adik beradik ku semua nya perempuan…So, bile ade lelaki especially diaorg punya BIL…Diorg kenalah berpakaian menutup aurat ‘all the times’…tp, nak wat cam ne kan…aku memang memerlukan kehadiran hubby ku sentiasa disisi…he3…Opss…terlebih sudah..

My 2nd Baby

25 Febuari 2011 bersamaan hari Jumaat pukul 3.25pg aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 2.95kg di GHM..Petang itu juga aku dibenarkan pulang ke rumah..Bertambah berseri2 lah lagi kehidupan kami sekeluarga…Disebabkan lahirnya seorang puteri ini setelah kelahiran putera hati kami yang pertama dulu…Alhamdulillah…Aku begitu bersyukur..Hari ke tujuh dilahirkan, dia telah pun diberi nama Intan Rania Amani..mengikut nama depan ibunya..he3..

Rezeki Allah

Tanggal 30 November 2009, aku dikejutkan dengan berita gembira. Selepas selesai check up di Klinik Air Keroh bersama my hubby, aku disahkan mengandung 5 minggu dan bakal menimang cahaya mata pada bulan 28 Julai, 2010 nanti..'Wah..Amsyar bakal dapat adik baru nanti', bisik hatiku..Tapi, kulihat suamiku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan ini...'Amsyar x besar lagilah..'rungut suamiku...'Nak buat macam mana, Allah nak bagi..kita terima je lah bang...'jawabku pula...Dia terus diam membisu...Pertengahan bulan Disember, aku mendapat keputusan 'posting' ku...Aku ditempatkan di Selangor,di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding...kat manalah tu...1st time aku dengar nama sekolah tu...Rupa2 nya, ramai lagi geng2 kelas KPLI aku ditempatkan di Selangor...Aku diarahkan melapor diri pada 31 Disember 2009 dan dikehendaki mengambil surat di PPD Kuala Langat, pada hari yang sama..Hai..maknanya, lepas ni terpaksalah aku dan suamiku serta Amsyar berjauhan...Huh, sedih betullah...Kenalah cr tpt tggl utk aku stay kat Selangor nnti sementara tggu my hubby berpindah ke sini. Alhamdulillah, aku dpt tpt tinggal di sekitar badar Banting. so, aku pergi ke sekolah tumpang dengan kakak ni lah bersama seorang lagi housemate.Aku start mengajar di sekolah baru pada 4 Januari 2010. Tapi, pada keesokkan harinya aku rasa perut ku memulas2..aku gagahkan juga pergi ke sekolah..Dengan tidak semena2 keluar cecair merah di celah2 kakiku terus masuk ke dalam kasut yg kupakai ke sekolah pada hari itu.Aku menjadi panik. Mujurlah salah seorang staf sekolah segera menghantar ke Hospital Banting. Rupa2 nya bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. MasyaAllah..besar sugguh dugaan Mu Tuhan..Aku redha, tetapi tanpa sedar mangalir cecair panas di pipiku..X de rezki nampaknya..Aku ditahan di wad selama 3 hari sehingga aku betul2 sembuh...Kebetulan 6 Januari adalah hari lahirku yang ke...Hubby ku dtg dengan membawa hadiah, bunga d kek...Huh, terharu sungguh ketika itu..Pada 7 Januari 2010, barulah aku dibenarkan pulang..