Member Since December 2010 |
Ini adalah satu group yang paling aku gemari dalam ruangan MUKA BUKU ku. Bukan ape, ahli2 group ini telah banyak membantu aku dalam menjayakan misi penyusuanku kali ini. Aku cukup berterima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku Nazihah Fardzley kerana telah meng’add’ aku dlm group ini. Segala info, panduan dan nasihat amat berguna pada diri aku sejak aku pregnant lagi. So, dapatlah aku membuat persediaan lebih awal dalam memulakan serta menjayakan MY BREASTFEEDING MISSION kali ini. Walaupun sebelum ini aku pernah juga mencuba untuk BF my 1st baby, tapi tiada sokongan dari ahli keluarga pada ketika itu. Tambahan pula, lebih mudah terpengaruh cakap2 orang sekeliling. Malahan, Kumpulan Sokongan seperti belum wujud pada ketika itu. Lagipun, info yang ada padaku masa tu belum cukup untuk menepis segala tohmahan dan kata2 negative dari orang lain. Aku begitu bersyukur kerana group ini banyak membantu aku dari saat belum melahirkan sehinggalah aku selamat melahirkan puteriku pada 25 November yang lalu. Nama2 seperti Intan Azmira Azman, Aqilah Idris, Mummycare Liza, Tini Nisha Wirdas,Raziyah Abdul Razak, Iffa Anuar, Lyana Yann, Ruziah Amin, Nor Aznita Erpan, Nor Hasyimah Idris dll (mohon maaf jika ada nama yang tidak disebutkan di sini) seperti tidak asing lagi bagiku. Mereka seolah2 menjadi sumber inspirasi bagiku kerana sering meniupkan kata2 semangat dan member nasihat. Yelah, walaupun ada dia antara mereka yang aku belum pernah bersua muka. Namun, rasanya aku seperti dekat dan telah lama mengenali mereka yang berada dalam group ini.
2 comments:
mmg betul la kak...sy pun baru je join kumpulan sokongan ni..byk info ttg BF sy dpt..
Seronok kan...awak join bile? akak rasa hidup lbh terisi dgn adanya KIM ni...
Post a Comment