Memori Terindah



Selepas Nikah
1st Honeymoon @Langkawi
2nd Honeymoon @KLIH
Pertemuan pada 10 Januari tanpa diduga..Mengikat persahabatan yang akrab antara kami..Selama 11 tahun kami tidak pernah berjumpa..Walaupun kami 1 sekolah, rumah pun dekat, 10 minit je...Ahaks...Ish...Ish...Lalu depan rumah pun..buat tak tahu je...Pendek kata...Tak pernah terlintas pun untuk jatuh cinta lagi...Tak pernah wujud pun perasaan kasih dan sayang antara kami sejak dulu..Namun demikian takdir penentu segala...Kami bertukar nombor telefon, walaupun tak rasa nak 'call' pun...Pada 21hb Ogos, dia telah call aku... Siapa tu? Aku sendiri tak tahu...Sebab nama dia tak pernah ada dalam kamus hidup aku..Apatah lagi dalam hati ni...Siapa lagi kalau bukan My Hubby ni....Beberapa kali diajak dan dipujuk untuk keluar, tapi aku menolak...Takkkuuttt....Tetapi, suara dan senda yang tidak didengari membuat aku jadi rindu sekali..Ntah kenapa...Kehadirannya telah berjaya mengetuk pintu hati ini sekali lagi...Subhanallah...Allah lebih mengetahuinya...Dia telah meluahkan perasaan biarpun dia tahu yang aku telah berpunya...'Kalau tak cakap, saya akan menyesal seumur hidp ini',katanya...Tanpa disedari, dia tidak bertepuk sebelah tangan, malahan aku mula merindui dan menyayangi lelaki ini...'Lelaki ini yang selalu menyintamu..selalu tanpa ragu...Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu...Yang bertakhta dalam sanubariku...'lagu kegemaran dia..dari Anuar Zain...Kami sering bertukar-tukar mesej cinta, nasihat dan lain-lain lagi...Aku mengakuinya bahawa inilah kuasa Allah yang tidak terhingga...Mendengar doaku selama ini...Mengurniakan aku 'Lelaki Ini'...Yang terbaik dalam hidupku selain ayah dan ibuku...Alhamdulillah...Tanpa ragu aku menyatakan hasrat kepada ibu bapaku tentang dia, mereka berasa amat gembira...Dan tanpa melengahkan masa, keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyatukan kami....Pada 7 September...keluarganya telah datang untuk menghantar 'cincin merisik'...Dan kami bakal disatukan pada 23 November...maknanya bukan nikah je...tunang sekali...Tak sabar tiba hari itu....Bukan apa...Tak pernah aku rasa cinta yang sebegini hebat kerana kedua-dua pihak menyebelahi kami...Percintaan kami hanya seketika...Tepat jam 2.20 petang,hari Jumaat..Kami pun telah disatukan dengan ikatan yang suci...10 minit yang lalu kami mengikat tali pertunangan...Alhamdulillah....Tanpa disedari, air mata ini bergenang menunggu untuk jatuh, tapi kucuba tahan...Subhanallah...